Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Tiga Kelopak Berstrawberi

Ramuan / Bahan

275 gm mentega
125 gm gula pasir
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
300 gm tepung halus
50 gm tepung jagung
50 gm tepung kastard
75 gm susu tepung Bahan-bahan hiasan secukupnya:
Jem strawberi
Gula serbuk

Cara-cara

Putar mentega bersama gula pasir hingga ia kembang. Masukkan telur, putar ia sebentar. Akhir sekali masukkan tepung halus bersama tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Bahagi doh dua bahagian. Canai doh setebal 5 mm. Terap doh dengan acuan berkelopak tiga. Sebahagian lagi doh diterap dengan acuan sama tetapi berlubang pada ketiga-tiga kelopaknya. Buat hingga habis doh. Susun kedua-dua doh di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit. Sapu sedikit jem strawberi pada permukaan tat tidak berlubang. Tabur gula serbuk ke atasnya.