Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Makarun Kelapa

Ramuan / Bahan

300 gm kelapa kering
450 gm gula halus
6 biji telur putih Sebiji limau susu (lemon), diambil airnya
Sedikit gula aising

Cara-cara

Gaul kelapa kering bersama gula, putih telur dan perahan limau susu hingga sebati. Menggunakan senduk kayu, kacau adunan 5 minit di atas api sederhana hingga adunan mencapai suhu 40'C. Kemudian angkat adunan dari api dan kacau hingga sejuk. Masukkan adunan kelapa ke dalam beg pastri. Lekatkan acuan bermuncung bintang ukuran 1.5 cm. Picit adunan ke atas dulang bakar yang dialas kertas minyak. Atur adunan jarak 2 cm di antara satu sama lain. Bakar 10-15 minit pada suhu 180'C hingga kekuningan. Sejukkan biskut dan ayak gula aising ke atasnya.