Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kuah Kacang Style Minang

Ramuan / Bahan

½ kg kacang tanah

Bahan Blender:
3 btg serai
10 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
2 gengam udang kering
20 biji cili padi
½ senduk cili kering blender garam
gula
ajinomoto
air asam jawa

Cara-cara

Kacang tanah digoreng (guna minyak banyak sampai tenggelam kacang) dan diblender kasar (kalo halus sgt tak terasa kacang bila mengunyah).

Panaskan minyak dan tumiskan bahan blender tadi. Apabila agak garing dan naik bau, masukkan kacang. Kemudian masukkan air, air asam jawa, gula , garam dan ajinomoto(sesuaikan rasa ikut selera anda). Masak kuah kacang lama (>< 2 jam) dgn api perlahan hingga pecah minyak. Kalo pekat sangat tambah air. Dah siap !