Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Jejari Span

Ramuan / Bahan

50 gm gula halus
2 biji telur
½ camca teh esen vanila 50 gm tepung, diayak
Gula halus (hiasan)

Cara-cara

Putar gula bersama telur dan esen vanila hingga pekat. Kaup dan balikkan tepung hingga rata. Masukkan adunan ke dalam beg paiping bermuncung 1 cm. Picit adunan sepanjang 2-3 cm ke atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega dan ditabur tepung. Tabur gula halus di atas adunan dan bakar 6-8 minit pada suhu 190'C atau hingga kuning. Sejukkan biskut di atas redai.