Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Bubur Pulut Hitam Dengan Nangka

Ramuan / Bahan

250 gm beras pulut hitam

Bahan Dipotong Dadu:
250 gm ubi keladi
250 gm ubi manis
5 hingga 6 ulas nangka 350 gm gula atau secukupnya
100 gm sagu
1.5 liter santan
3 helai daun pandan

Cara-cara

Rebus beras pulut hitam dengan air hingga lembut. Rebus ubi keladi dan ubi manis hingga empuk. Panaskan periuk, tuangkan santan dan didihkan. Masukkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Masukkan gula secukup rasa dan angkat. Sedia untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut dan minum petang.