Topi Mocca Badam

Ramuan / Bahan

Bahan A:

125 gm mentega
90 gm gula aising
sudu teh vanila
1 biji telur
60 gm tepung jagung
190 gm tepung gandum
5 gm serbuk koko
60 gm badam cincang Bahan B:

1 sudu teh pes mocca
15 gm tepung gandum

Cara-cara

Gaul adunan A hingga sebati. Ambil 150 gm adunan dan campurkan serbuk koko dan badam. Uli rata.

Campurkan baki adunan dengan pes mocca dan tambah 15 gm tepung.

Canai adunan A dan terap bentuk bulat manakala adunan B dengan bentuk bulat yang kecil sedikit.

Letak yang kecil diatas yang besar. Sapu kuning telur dan hias dengan badam dan cip coklat.