Rumpai Laut Syawal

Ramuan / Bahan

90 g tepung serba guna, diayak bersama camca teh serbuk penaik
60 g kelapa kering
45 g badam, dipanggang dan dicincang sederhana halus
15 g tepung kastard
180 g gula kastor
15 g rumpai laut, direndam setengah jam, dikering dengan tuala dan dicincang halus 120 g mentega lembut
camca teh esen vanila
biji telur, dipukul sebentar
Sedikit ceri merah dan hijau, didadu kecil
Sedikit bijan panggang
Putih telur secukupnya

Cara-cara

Satukan tepung serba guna bersama kelapa kering, badam, tepung kastard dan gula kastor di dalam mangkuk. Tabur rumpai laut, gaul hingga ia sebati. Masukkan mentega bersama esen vanila dan putar hingga ia sebati. Kemudian masukkan telur, putar hingga ia sebati dan menjadi doh. Bubuh doh di atas sehelai plastik dan tutup dengan sehelai lagi. Canai doh setebal 1 cm dan simpan di dalam peti sejuk sebentar supaya mudah dipotong. Potong segi empat, tabur ceri merah, ceri hijau dan bijan di atasnya. Kemudian sapu putih telur pada permukaannya. Bakar ia pada suhu 180'C, 15-20 minit.