Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Biskut Oren Danish

Ramuan / Bahan

400 gm mentega
500 gm tepung gandum
1 biji putih telur
50 gm cili merah (dicincang halus) 200 gm gula aising
1 sudu teh esen vanila
Parutan kulit 2 biji oren

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah Celcius dan alaskan dulang kuih dengan kertas minyak.

Satukan mentega dan gula aising, putar hingga kembang. Masukkan putih telur dan putar hingga adunan mesra.

Masukkan parutan kulit limaudan putar mesra dalam adunan mesin pemutar.

Masukkan tepung gandum dan mesrakan kesemua adunan dengan putaran perlahan. Sejukkan adunan dalam peti sejuk selama 15 minit.

Masukkan doh ke dalam beg paip mengikut bentuk kesukaan anda dan tekan doh ke dalam dulang pembakar.

Hiaskan ceri merah di atasnya, kemudian bakar selama 15 hingga 20 minit.

Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.