Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Biskut Halia Berempah

Ramuan / Bahan

1 ½ cawan emping jagung Kellogg's
1 ½ cawan tepung gandum
1 camca teh soda penaik
½ camca teh garam
½ camca teh serbuk kulit kayu manis ¾ cawan marjerin lembut
1 cawan penuh gula perang
2 biji kuning telur
2 camca teh esen vanila
Gula pasir

Cara-cara

Gaul emping jagung, tepung, soda penaik, garam, halia dan kulit kayu manis. Ketepikan. Masukkan marjerin dan gula perang di dalam bekas besar dan kacau hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata. Kemudian masukkan bancuhan emping jagung. Kacau lagi hingga sebati. Letakkan secamca penuh adunan satu demi satu di atas bekas pembakar yang dilengser mentega. Leperkan adunan dengan segelas yang dicelup gula. Bakar 10 minit pada 160 darjah atau hingga kuning keemasan. Menghasilkan 2 dozen biskut.