Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kuih Bunga Tanjung

Ramuan / Bahan

5 biji kuning telur ayam
3 cawan gula 4 cawan air
Tepung beras pulut secukupnya

Cara-cara

Gula dimasak dengan air sehingga mendidih dan pekat dengan api yang sederhana. Kuning telur dipukul sehingga kembang. Setelah itu masukkan tepung pulut sehingga cukup untuk dibentuk. Masukkan adunan ke dalam acuan berbentuk bujur dan tekankan ke dalam air gula yang sedang dimasak tadi. Buat begini sehingga selesai. Bila telah timbul di permukaan air gula bolehlah diangkat.