Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Biskut Bebola Walnut

Ramuan / Bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil rempah kuih
1 cawan walnut (dicincang halus & dipanggang seketika)
1 ½ cawan epal merah (dicincang halus)
½ cawan mentega 1 cawan gula perang
1 biji telur
Putih telur sebagai pelekat
Kelapa parut kering & manik berwarna sebagai hiasan

Cara-cara

Pukul mentega & gula hingga sekata. Masukkan telur & kesemua bahan lain. Uli
lagi hingga sebati. Jika adunan terlampau lembut tambahkan sedikit tepung lagi. Bulat-bulatkan adunan dan celup ke dalam putih telur kemudian golekkan ke dalam kelapa parut kering. Masukkan ke dalam mangkuk kertas kecil. Bakar selama 26 minit pada suhu 180C.