Kek Oren Istimewa

Ramuan / Bahan

1 buku mentega
2 cawan gula kastor
3 cawan tepung gandum
5 biji telur
cawan susu cair
1 camca teh vanilla esen
2 camca besar kulit oren (diparut)
3 camca besar jus oren
1 camca teh serbuk penaik.

Cara-cara

1. campurkan gula dan mentega dan pukul hingga kembang dan putih. Jika adunan diangkat, ia tidak akan jatuh.
2. Masukkan telur dan esen vanilla ,pukul selama 4 minit atau hingga telur sebati dengan adunan.
3. Kemudian masukkan tepung gandum berserta serbuk penaik dan gaul sebati.
4. Setelah adunan sebati, masukkan jus oren, kulit oren dan susu cair. Gaul sebati.
5. Bakar adunan dalam suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.