Kek Cornflakes Oren

Ramuan / Bahan

500 g Tepung kek Blue Key
430 g Gula (di blend)
500 g Buttercup
5 sudu besar minyak sayuran
1 gelas Susu Pekat F&N
gelas susu cair
7 biji telur
2 sudu besar ovelatte
1 sudu besar esen vanila
gelas Cornflakes (di blend)
gelas Nestum (di Blend)
1/3 gelas Hirisan kulit limau

Cara-cara

1) Bahan kering yang di blend perlu di 'blender' sehingga benar-benar halus.
2) Masukkan ke dalam mixer gula, telur, butter, minyak sayuran, ovelatte, susu pekat, susu cair, esen vanila, cornflakes, nestum dan tepung(dimasukkan sedikit demi sedikit jangan sampai adunan jadi keras) secara berturutan sehingga adunan menjadi lembut.
3) Akhir sekali masukkan kulit limau dan gaul dengan perlahan. Masukkan ke dalam bekas yang telah di lenser dengan butter.
4) Bakar Pada suhu 165 celcius selama 50 minit