Trifle Kelapa

Ramuan / Bahan

300 gm lebihan kek pelbagai rasa
2 biji pisang
2 potong betik, dipotong kiub
2 sudu besar kismis
cawan tembikai susu, dipotong kiub
cawan cincangan kasar nata de coco
cawan sirap nata de coco
2 keping gegelang nanas tin, potong kecil
90 gm agar-agar serbuk
2 cawan air cawan gula
4 sudu jem nanas atau betik
350 ml santan
25 gm tepung jagung
35 gm gula
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan

Bahan-bahan hiasan:
1 sudu besar kismis
1 sudu besar cincangan nanas
6 biji ceri

Cara-cara

Lebihan kek dipotong segi empat memanjang secukupnya untuk diaturkan ke dalam pinggan pai yang disediakan. Selebihnya diramas. Ratakan kek yang diramas di dasar pinggan pai, aturkan kek yang dipotong. Renjiskan dengan sirap nata de coco. Taburkan campuran buah-buahan. Masak agar-agar hingga larut, masukkan gula dan jem tuangkan ke atas buah-buahan tadi. Satukan santan, gula dan tepung jagung, jerangkan hingga mendidih sambil dikacau buangkan daun pandan. Tuangkan ke atas agar-agar. Hias dengan kismis, pisang dan ceri.