Rich Chocolate Cake ala Steamed

Ramuan / Bahan

4 biji telur
1 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum-ayak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula castor/gula halus
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 sudu serbuk soda bikarbonat

Cara-cara

Panaskan periuk kukus. Sementara air mendidih, pukul telur hingga kembang. Masukkan susu pekat, kacau. Masukkan tepung+soda yang diayak sedikit demi sedikit. Masukkan serbuk koko. Kacau rata. Masukkan minyak. Kacau lagi dan akhir sekali masukkan air panas. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan kek chiffon.Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 1/2 jam atau hingga kek tidak melekat pada garfu jika dicucuk.