Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Lapisan Kastard Coklat Berkrim

Ramuan / Bahan

2 sudu besar koko
¾ cawan gula perang
1 sudu besar mentega
1 cawan krim pukul 1 sudu kecil kastard
Sedikit esen vanila dan garam
Hirisan buah-buahan segar, dalam tin atau buah-buahan kering

Cara-cara

Satukan semua bahan dan kacau atas api perlahan hingga pekat, berkilat dan boleh disapu di atas kek. Untuk melapiskannya, sejukkan kek span sapu kastard coklat berkrim dan aturkan buah-buahan yang dipilih.