Kek Vanila Berhias

Ramuan / Bahan

170 gm mentega
160 gm tepung
140 gm gula halus
40 gm badam kisar
Sedikit pewarna merah 4 biji telur (besar) - asingkan putih dan merahnya
1 sudu kecil serbuk penaik
sudu kecil esen vanila
Anjalika dan ceri untuk hiasan

Cara-cara

Mentega, esen vanila, serbuk penaik dan badam kisar dipukul hingga rata. Masukkan kuning telur, kacau rata dan ketepikan dulu. Putih telur, gula dipukul hingga kembang serta putih. campurkan ke dalam adunan mentega dan pukul lagi. Ambil sedikit adunan campurkan dengan pewarna merah, kacau rata. Isikan sedikit adunan warna, adunan tanpa warna, diikuti warna merah dan adunan tanpa warna. Hias dengan anjalika dan ceri. Bakar selama 35-40 minit dalam ketuhar yang panasnya antara 150-170'C.