Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kuih Ketimang Kacang

Ramuan / Bahan

1 Gelas Air
1 ½ Gelas Milo
500 Gram Roti Marie
½ Gelas Kacang Tanah
1 tin susu manis

Cara-cara

Roti Marie dipatah 2 dan ketepikan.
Kacang tanah dibakar dan ditumbuk halus kemudian masukkan bersama roti marie tadi.
Panaskan kuali, masukkan air, bila sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan milo, dan susu.
Kacau selalu supaya milo tidak melekat di kuali.
Bila sudah mula memekat, tutupkan api dan masukkan kedalam adunan roti dan kacang tadi.
Gaul rata-rata dan masukkan kedalam acuan, tekan sedikit demi sedikit untuk lebih padat, selepas itu, tutup permukaannya dan masukkan dalam peti sejuk.