Kek Suji

Ramuan / Bahan

190 gm tepung suji
170 gm susu segar
Sedikit garam
180 gm mentega
150 gm gula kastor
5 biji kuning telur
100 gm tepung gandum sudu kecil baking powder
100 gm serbuk badam
1 sudu kecil esen vanila
3 biji putih telur
60 gm gula kastor
Gajus

Cara-cara

Rendam tepung suji dengan susu selama dua jam.

Pukul gula dan mentega hingga gebu.

Masukkan kuning telur dan pukul hingga sebati.

Masukkan tepung suji yang telah direndam.

Masukkan tepung dan badam. Pukul hingga sebati.

Pukul putih telur dengan gula kastor hingga gebu.

Tuang adunan putih telur ke dalam adunan mentega dan kacau hingga sebati.

Tuang ke dalam acuan dan tabur gajus di atasnya. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 45 minit.