Kek Sisik Ikan

Ramuan / Bahan

BAHAN A
10 biji kuning telur
2 biji putih telur
250gm gula halus
1 sudu makan ovallete
75ml air sejuk
1 tin seri kaya
botol kecil horlicks 250gm tepung hong kong
300gm mentega, dipukul bersama
4 sudu makan susu pekat manis
4 bungkus manisan masam manis (Hawflakes)

Cara-cara

1. Pukul bahan A sehingga kembang.
Kemudian kaup balikkan tepung dan
kacau hingga sebati.

2. Masukkan mentega yang telah dikacau
hingga rata dan sebati.

3. Bakar 4 sudu makan adunan hingga
masak. Kemudian cucuk mencondong
buah manisan ke atas lapisan kek.

4. Kemudian masukkan 4 sudu makan
adunan lagi dan bakar, buat 2 lapis
baru dicucuk lagi dengan manisan.

5. Ulang proses tadi hingga habis.