Kek Si Manja Nini

Ramuan / Bahan

4 sudu besar milo
1 sudu besar horlick
2 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung naik sendiri 8 biji telur
2 cawan marjerin
2 cawan gula aising
1 sudu kecil serbuk penaik

Cara-cara

Ayak tepung bersama serbuk penaik, ketepikan. Pukul gula dan marjerin hingga berkrim, masukkan sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga habis. Campurkan tepung dan kacau rata. Campurkan milo, susu serta horlick kacau lagi. Akhir sekali campurkan susu pekat manis. Sediakan acuan siap bergris, tuangkan adunan dan bakar hingga masak. Hias dengan krim mentega.