Kek Rangup Strawberi Berkrim

Ramuan / Bahan

50 gm marjerin
45 gm gula pasir
225 gm tepung halus
1 sudu besar serbuk penaik
sudu teh garam
200-250 ml susu segar Bahan-bahan inti:
Krim putar (diputar sebentar)
Strawberi (dihiris nipis)
Gula kastor

Cara-cara

Gaul ramas marjerin bersama gula pasir dan tepung halus di dalam mangkuk hingga ia menjadi seperti serbuk roti. Masukkan serbuk penaik dan garam. Gaul hingga ia sebati. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut (susu segar boleh ditambah atau dikurang mengikut kehendak adunan). Bahagi doh dua bahagian dan tekan adunan pada dasar tin bakar bulat berasingan. Lorek permukaan doh dengan hujung pisau. Bakar ia pada suhu 180C selama 15 hingga 20 minit. Biar ia sejuk. Paipkan krim putar pada seluruh permukaan satu Kek Rangup. Kemudian atur strawberi di atasnya. Tutup dengan selapis lagi kek. Tabur gula kastor di atasnya.