Kek Pisang

Ramuan / Bahan

100 gm marjerin
70 gm gula castor
30 gm gula perang
2 biji telur gred A (diasingkan kuning dan putihnya)
150 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
sudu teh soda bikarbonat
2 biji pisang berangan (dilenyek)

Cara-cara

Pukul marjerin bersama kedua-dua jenis gula hingga kembang.
Sementara itu, putar putih telur hingga kembang dalam bekas berasingan. Masukkan kuning telur ke dalam adunan mentega dan gula yang telah kembang satu demi satu dan dikacau.
Tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat diayak bersama.
Masukkan campuran tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
Akhir sekali masukkan pisang yang telah dilenyek dan putih telur.
Bakar dalam ketuhar 190 darjah celcius selama 30-35 minit.