Kek Perodua Kenari

Ramuan / Bahan

Bahan A:
12 oz mentega
5 biji telor ayam
1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
1 tin susu manis
1 tin kecil kaya
1 sudu teh vanilla
Pewarna hijau, merah dan warna asal

Bahan B:
12 oz mentega
5 biji telor ayam
botol kecil horlick
1 tin susu manis
1 gelas tepung merry (roti ditumbuk lumat)
1 gelas gula halus
1 tin kecil kaya

Cara-cara

Bahan A:
Pukul mentega dan gula sampai kembang. Lepas itu masukan telor satu persatu sampai habis. Pukul susu dan kaya di tempat lain. Bila rata satukan dalam adunan mentega. Lepas itu masukan tepung gandum, vanilla dan gaul rata.
Bahagikan kepada 3 bahagian:
1.Beri pewarna Merah, 2. Warna Hijau
3.Beri warna asal

Sediakan 3 acuan berasingan, kukuskan warna asal dahulu bila masak ketepikan.
Kukuskan warna merah bila masak ketepikan. Akhir sekali kukuskan warna hijau. Ketepikan hingga sejuk. Bila sejuk potongkan 1/2 inci kesemua warna yang telah masak tadi dan ketepikan dahulu.

Bahan B:
Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukan telor satu persatu sampai habis. Kaya dan susu manis dipukul tempat lain. Bila rata masukan dalam adunan mentega. Kuar lagi, baru masuk tepung roti merry dan horlick. Gaul rata.

Masukan kesemua adunan A yang telah dipotong tadi ke dalam Adunan B. Kuar perlahan agar tidak hancur.
Sediakan acuan, kukuskan selama 3 jam.