Jemput

Ramuan / Bahan

1) 10 biji Pisang emas(atau pisang yang
boleh dibuat jemput-jemput).
2) 1 cawan tepung gandum
3) 2 cawan tepung naik sendiri
4) Gula pasir secukup rasa
5) Minyak untuk menggoreng (Deep fry) 1) cawan kelapa parut
(kelapa tanpa kulit ari)
2) cawan jagung dlm tin
(cream style atau whole corn)

Cara-cara

1) Pisang dikupas dan dilecek bersama-
sama gula pasir sehingga halus.
2) Masukan jagung , kelapa parut dan
kedua-dua jenis tepung.
3) Adunan jemput-jemput tersebut
janganlah terlalu likat. Jika likat
bolehlah ditambah sedikit air.
Kelikatan seperti kita buat jemput-
jemput biasa.
4) Panaskan minyak, sudukan dengan
hujung sudu adunan tersebut supaya
ia menjadi seperti bebola.
5) Gorengkan sehingga kuning kecokelatan.