Kek Coklat Hitam Manis

Ramuan / Bahan

175 g tepung gandum ] diayak
1 camca teh soda bikarbonat] bersama
1 camca teh garam ]
200 g gula kastor
cawan serbuk koko
2 biji telur cawan susu segar
cawan air kelapa muda
cawan minyak sayuran
2 camca teh esen vanila
1 cawan air panas

Cara-cara

Panaskan ketuhar kepada suhu 180C dan lenserkan tin kek dengan marjerin cair dan dialas dengan kertas minyak. Di dalam mangkuk adunan, satukan kesemua bahan kering. Masukkan telur, susu, minyak sayuran, vanila dan air kelapa muda. Putarkan dengan pemutar elektrik selama 2 minit. Tuangkan air panas dan kacau adunan dengan rata. Bakar kek di dalam ketuhar selama 35-40 minit. Sejukkan kek sebelum mencurahkan aising coklat dan hiaskan.