Sayur Pedas Batang Keladi

Ramuan / Bahan

Batang keladi (anggaran tiga pokok sederhana besar) disiat kulit luar dan celur dalam air mendidih 5 minit
angkat dan tos kan
6 sudu makan ikan bilis tumbuk atau isi 2 ekor ikan rebus
Daun kesom secukupnya

4 biji cili kering
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
4 keping asam gelugur
6 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
Sedikit belacan
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

Tumbuk cili kering, ketumbar,jintan manis, bersama kunyit hidup, lada hitam dan belacan hingga lumat.

Bawang merah ditumbuk kasar.

Air anggaran 1.5 liter dan
masukkan bahan tumbuk, isi ikan,asam gelugur,daun kesum dan masak hingga mendidih.(Biarkan asam gelugur kembang)

Masukkan batang keladi, garam dan perasa. Padamkan api.Siap untuk dihidangkan.