Sayur Munir

Ramuan / Bahan

6 batang tungkul jagung muda
345 gm pucuk ubi kayu
250 gm kacang panjang (dipotong-potong sepanjang 2.5 cm)
4 biji sedang tomato (dibelah empat)
1 cawan air 4 hiris lengkuas (dititik)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 ekor sedang ikan masin (dibuang tulangnya)
asam jawa

Bahan Tumbuk:
1 batang lada merah
1 camca garam
1 camca lada sulah
1 camca belacan (dibakar)

Cara-cara

Campurkan air, bahan tumbuk,lengkuas,bawang merah & bawang putih dalam sebuah periuk.Didihkan perlahan-lahan selama 20 minit. Masukkan tungkul jagung & pucuk ubi kayu. Masak selama 5 minit.Masukkan ikan & sayur-sayuran yang lain. Didihkan perlahah-lahan hingga semua empuk, Kemudian masukkan air asam jawa. Sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih,daging goreng & sambal.