Sayur Lemak Geti

Ramuan / Bahan

2 cawan santan cair daripada 1 biji kelapa
1 batang serai (dititik)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
1 cawan udang sederhana besarnya
1 genggam bunga geti merah 10 - 12 tangkai pucuk geti (disimpul)
cawan buah geti
1 cawan santan pekat daripada sebiji kelapa
Garam secukupnya

Cara-cara

Masak santan cair bersama serai dan bawang merah hingga mendidih. Masukkan udang, bunga geti, pucuk geti dan buah geti. Kacau hingga empuk. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau rata. Angkat dan hidangkan panas-panas.