Sayur Keladi Rebah Bangun

Ramuan / Bahan

Batang keladi (anggaran 4-5 batang), buang kulitnya dan potong anggaran 6cm
Sebiji buah pinang - belah 4
(keladi yang telah dibuang kulit direbus bersama buah pinang hingga layu. Toskan airnya)

1 tangkai daun kesum
2 helai daun kunyit (hiris halus)
Air asam jawa (anggaran mangkuk kecil - ikut rasa)
1 camt garam
bahan perasa (jika suka)
Bahan untuk ditumbuk:
10 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
udang kering (ikut suka berapa banyak)
2 cm belacan
2 batang serai

Cara-cara

Toskan sayur keladi yang telah direbus hingga airnya kering.

Dalam periuk berasingan, masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama keladi yang telah ditoskan tadi.

Masukkan air secukupnya dan rebuslah sehingga sayur keladi empuk. Sambil itu tambahkan air asam jawa, garam dan bahan perasa. Rasakan masam, pedasn dan masinnya ikut selera.

Apabila keladi telah empuk, masukkan hirisan daun kunyit dan daun kesum. Kacau seketika (1/2 minit) dan tutupkan api.

Bolehlah dihidangkan.