Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sayur Goreng Kacang

Ramuan / Bahan

10 tangkai kacang botor
10 tangkai kacang buncis
15 ekor udang kecil 2 biji cili merah
2 ulas bawang merah
Garam secukup rasa.

Cara-cara

Kacang botor dan kacang buncis dihiris. Bersihkan udang dan buang kepala serta ekornya. Tumbuk lumat cili merah bersama bawang merah. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk. Masukkan udang dan sedikit garam. Kacau sebentar dan masukkan kedua jenis kacang. Bubuh sedikit air dan kacau-kacau sebentar. Angkat dan bolehlah dihidangkan.