Sayur Goreng Cendawan Masam Manis

Ramuan / Bahan

250gm cendawan timun kelabu (di potong)
1 kuntum bunga kobis(di potong)
200 gm kacang sepat
batang lobak merah(di potong bulat)
5 batang putik jagong(di potong)
3 sudu kacang peas
1 biji lada jepun(green pepper) di potong dan di belah.
3 biji cili merah( di potong dan di belah)
200gm udang hidup( di buang kulit)
1 ekor sotong(di potong)
6 ulas bawang putih(di tumbuk halus)
2 labu bawang besar ( 1 labu di belah dan di potong bulat dan satu labu lagi di potong bulat)

2 sudu besar sos perasa maggi
5 sudu besar tomato sos
4 sudu besar tepung jagung(di bancuh dgn 1 cawan air.
minyak untuk menumis
4 cawan air.

Cara-cara

Panaskan minyak,tumiskan bawang putih dan satu labu bawang besar,masukkan udang,sotongdan balik-balik kan.

Masuk kan air.

Masuk kan tomato sos perasa maggi,gula dan serbuk perasa.

Bila mengelegak,masuk kan lobak merah,putik jagung,bunga kobis,kacang sepat dan balik-balik kan.

Masuk kan bawang besar yang di potong bulat,lada jepun dan lada merah,kacang peas,bancuhan tepung jagung dan di kacau

Akhir sekali masuk kan cendawan,balik-balik kan dan hidang kan.