Sayur Fucuk Goreng

Ramuan / Bahan

250 gm daging
100 gm udang
1 biji telur
2 keping fucuk
1 biji bawang besar
biji sengkuang
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit daun ketumbar
Sedikit minyak masak Bahan A:

cawan tepung gandum
cawan tepung jagung
1 cawan minyak masak
1 biji telur
Garam dan air

Cara-cara

Gaulkan daging, udang, telur, garam, tepung jagung dan serbuk lada hingga sebati.

Potong fucuk ukuran 5sm. Kemudian masukkan inti ke dalamnya dan digulung.

Satukan bahan A dan dipukul hingga sebati. Celupkan fucuk ke dalam adunan A dan goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.