Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sayur Daging Beragam

Ramuan / Bahan

50 gm kacang buncis
50 gm kubis panjang
160 gm daging
150 gm udang hidup
2 biji timun
2 biji cili hidup
4 biji tomato
3 keping tauhu 10 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 sudu besar serbuk lada
1 cm halia
ΒΌ cawan minyak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara

Potong daging setebal 1 cm x 2.5 cm. Rebus hingga empuk. Tumbuk atau mesin bawang merah dan bawang putih bersama halia. Potong kubis 2.5 cm x 3 cm, dan timun 2.5 cm x 2 cm. Potong kacang buncis sepanjang 2.5 cm. Goreng tauhu dan potong sebesar 2.5 cm x 2 cm. Belah 4 cili hidup. Lereng nipis tomato dan bawang besar. Panaskan minyak dan goreng bawang-bawang yang dimesin sehingga kuning. Masukkan udang, daging, bawang besar dan serbuk lada. Kacau 2-3 minit. Masukkan cili, timun, kacang, kubis dan tauhu. Masukkan garam dan gula. Kacau dan angkat sebelum sayur menjadi layu.