Sayur Campur Goreng

Ramuan / Bahan

4 helai daun kubis
8 batang kacang buncis
1 batang lobak merah (sederhana besarnya)
150 gm udang hidup
1 biji cili merah (untuk hiasan) 3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
sudu garam
Kicap cair secukup rasa

Cara-cara

Sediakan udang: Perasakan dengan garam & gula.Sediakan sayur-sayuran: Basuh. Potong kubis 5 cm, potong kacang buncis sepanjang 5 cm,potong lobak merah setebal 3mm dalam bentuk bunga. Hiris bawang merah & cincang bawang putih. Memasak sayur-sayuran: Panaskan minyak dalam kuali,goreng bawang & bawang putih hingga kuning. Masukkan udang lobak merah. Goreng selama 1 atau 2 minit,kemudian masukkan 3 sudu air.Tutup & biarkan lobak empuk(tambahkan air jika perlu). Masukkan kubis & kacang buncis & kacau rata-rata. Hidangkan & hiaskan dengan lada yang telah dimayang halus.