Sayur Asin Dengan Ikan

Ramuan / Bahan

250 gm sayur asin (dipotongkecil-kecil)
500 gm ikan kembung (disiang & diperasakan)
cawan minyak makan
1 ulas bawang putih (dititik)
250 gm bawang besar(dihiris)
1.2 cm belacan (dibakar)
1 batang lada merah (digiling)
250 gm tomato (dicincang) 2 batang serai (dicincang)
2 batang serai (dititik)
4 hiris lengkuas
1 helai daun kunyit
Garam & serbuk perasa secukup rasa
125 gm kacang bendir (hiris yang besar-besar menyerong)
3 cawan air
1 sudu gula pasir
2 cawan air asam jawa
90 gm dau sup (dicincang)

Cara-cara

Pijarkan minyak atas api yang sederhana & tumis bawang putih hingga kuning. Masukkan bawantg besar & gorenglah hingga layu. Masukkan belacan & lada,tumis hingga keluar minyak. Masukkan separuh daripada tomato, serai,lengkuas & daun kunyit.Gaulkan rata-rata,kemudian kecilkan api.Masukkan air & sayur asin.Didihkan selama 10 minit,kemudian masukkan serbuk perasa & gula. masukkan tomato selebihnya,kacang bendir,air asam & ikan. Didihkan perlahan-lahan hingga semua bahan pekat.Rasalah asam garamnya & angkat dari api. Sendukkan ke dalam mangkuk & hiaskan dengan daun sup.Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.Selain dari itu,boleh juga dihidangkan dengan roti untuk sarapan pagi.