Sawi Tumis Air

Ramuan / Bahan

kati sawi putih
4 tahil udang basah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih inci halia
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air, garam serta serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Sawi dibersih dan dipotong mengikut kesukaan. Asing batang dan daunnya. Udang dibersihkan, bawang putih, bawang merah dan halia dimayang halus. Panaskan minyak di dalam kuali setelah itu tumiskan bahan yang telah dimayang tadi bila telah naik baunya masukkan terlebih dahulu batang sawi yang telah dipotong dan udang. Tutupkan kuali setelah batang sawi agak layu masukkan pula daun sawi sambil dikacau-kacaukan sedikit kemudian masukkan air yang secukupnya dan tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Setelah air mendidih boleh diangkat.