Sambal Santan Sri Dayana

Ramuan / Bahan

Sebiji kelapa (diambil santan pekatnya)
10 biji cili api
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
genggam udang kering
genggam ikan bilis
Belacan sesedap rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis Makanan yang boleh dicicah dengan kuah sambal ini:
1. Pucuk ubi atau pucuk betik yang telah direbus sehingga lembut.
2. Ikan keli atau sebarang ikan sungai yang telah dipanggang atau digoreng garing

Cara-cara

Cara memasak kuah sambal:
1. Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih, udang kering, ikan bilis dan belacan sehingga lumat.

2. Tumis bahan yang telah ditumbuk di dalam kuali sehingga wangi.

3. Masukkan garam secukup rasa

4. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan dengan api perlahan sehingga menggelegak.

5. Pastikan kuah adalah pekat supaya mudah untuk dicicah.