Salad Kangkung

Ramuan / Bahan

500 gm kangkung
Air mendidih Bahan Sos:
1 sudu petis
cawan air asam jawa pekat
60 gm kacang tanah (digoreng,dibuang kulitnya & ditumbuk)
5 batang lada merah
3-5 batang lada padi
1 camca belacan (dibakar)
1 camca gula merah
Garam secukup rasa (digiling)

Cara-cara

Asingkan daun kangkung daripada batangnya keratkan batangnya sepanjang 3 cm .Celurkan sayur itu ke dalam air yang mendidih,dengan memasukkan batangnya dahulu selama beberapa minit sebelum memasukkan daunnya.Toskan dan bubuh di dalam sebuah pinggan hidang.

Untuk menyediakan sos:
Gaulkan semua bahan & asam garamnya. Tuangkan ke atas kangkung & hidangkan.