Ros Tauhu

Ramuan / Bahan

5 keping tauhu
300 gm. udang hidup
4-5 biji cili merah
sudu teh serbuk lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
Sedikit tepung gandum
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara

Tauhu dibelah empat tetapi jangan sampai putus. Korek isi tauhu dan gilingkan bersama-sama dengan udang, bawang merah dan bawang putih. Daun bawang dan daun sup serta cili merah dimayang halus-halus. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan yang telah digiling tadi. Masukkan serbuk lada hitam, garam serta serbuk perasa. Bubuh sedikit tepung gandum. Gaulkan hingga sebati serta lembut. Isikan campuran bahan-bahan itu kedalam tauhu kemudian bentukkan seperti bunga mawar. Setelah itu gorengkan tauhu ini sehingga kuning barulah angkat.