Peria Berisi

Ramuan / Bahan

2 biji besar peria (dikelar memanjang,dibuang biji & empulurnya)
Air garam yang cukup untuk meliputi peria
Minyak makan untuk menggoreng/menumis ]
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis (direndam & digiling) 1 sudu jintan putih
2 labu sedang bawang besar (dipotong dua & dibelah-belah)
2 batang lada merah
2 batang lada hijau
Garam secukup rasa
2 sudu air asam jawa yang pekat

Bahan Sarak:
biji kelapa (diparut)
4 batang lada merah (dicincang)
5 cm serai (dihiris)
3 hiris halia
5 ulas bawang merah
Garam & lada sulah secukup rasa
2 sudu air asam jawa yang pekat

Cara-cara

Rendamkan peria dalam air garam selama 10 minit.Toskan.
Untuk menyediakan sarak:
Gilingkan semua bahan kecuali air asam jawa. Kemudian masukkan air asam jawa itu. Tuangkan ke dalam sebuah kuali & hangatkan di atas api yang kecil selama 5 minit. Bahagikan pada dua bahagian & sumbatkan pada kedua-dua biji peria itu. Pijarkan sedikit minyak hingga 2 sudu.Masukkan semua rempah & goreng peria selama 3-5 minit.Toskan minyaknya ke dalam kual & ketepikan.Kurangkan minyak hingga 2 sudu. Masukkan bahan rempah & bahan giling. Tumiskan hingga wangi. Kemudian masukkan bawang besar.Apabila telah garing,masukkan lada,garam & santan. Didihkan perlahan-lahan selama 5-8 minit. Masukkan peria sarak tadi & teruskan mendidih perlahan-lahan hingga masak. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Senduk & isikan peria ke dalam pinggan & tuangkan kuah ke atasnya. Hidangkan panas-panas.