Pecal Nusantara

Ramuan / Bahan

180 gm kangkung
10 urat kacang panjang
100 gm tauge
1 biji sengkuang, diracik kasar
1 biji timun, diracik kasar
Minyak untuk menggoreng-untuk kuah
6 biji bawang merah-untuk kuah 600 gm kacang tanah-untuk kuah
15 tangkai cili kering, dibuang tangkai
Sedikit belacan-untuk kuah
cawan gula pasir-untuk kuah
Sedikit garam-untuk kuah
200 gm asam jawa, diambil airnya-untuk kuah

Cara-cara

Celur kangkung, kacang panjang dan tauge hingga lembut secara bersingan. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah hingga naik bau. Angkat dan sejat. Goreng garing kacang tanah, cili kering dan belacan berasingan. Kisar bawang bersama kacang tanah, cili dan belacan hingga halus. Masukkan bahan-bahan ini ke mangkuk. Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Bancuh rata supaya kuah pekat. Gaul kuah kacang ini bersama sayur-sayuran sebelum dihidangkan.