Mashi Tomato

Ramuan / Bahan

10 biji tomato, dibuang isinya
250 gm daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
1 tangkai daun saderi, dihiris
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan digiling:
1 camca teh lada hitam
7 biji bawang merah
1 ulas bawang putih Bahan-bahan kuah:
100 gm daging cincang
1 tin kecil pis
1 tin kecil puri tomato
Garam, gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Sedikit air
camca teh jintan halus, digiling
3 biji bawang merah, digiling
Sedikit halia

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan bahan-bahan digiling. Biar hingga garing. Masukkan daging garam, daun saderi dan daun bawang. Kacau lagi. Biar hingga betul-betul kering baru masukkan di dalam tomato.*

Cara membuat kuah:
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling, sedikit air, daging cincang, puri tomato, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biar hingga mendidih. Kemudian masukkan kacang pis. Kacau dan angkat.