Masak Lemak Putik Jagung

Ramuan / Bahan

10 tangkai putik jagung
biji kelapa diambil santannya
anggaran 2 mangkuk
1 biji cili merah dimayang halus 1 labu bawang besar dimayang
1 batang serai dititik
Segenggam udang hidup
Garam secukup rasa

Cara-cara

Udang hidup dibersihkan, dibasuh dan toskan airnya. Putik jagung dibersihkan kemudian dipotong kecil-kecil. Masukkan semua bahan-bahan bersama santan di dalam periuk kemudian jerangkan di atas api yang sederhana. Biarkan hingga mendidih sambil dikacaukan perlahan-lahan supaya santannya tidak bergentel. Tambahkan garam secukup rasa. Bila telah mendidih dan masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.