Masak Lemak Pucuk Asam Gelugur

Ramuan / Bahan

1 biji kelapa (dijadikan 3 mangkuk santan)
kilo pucuk asam gelugur (dihiris-hiris)
2 ekor ikan kembung rebus
2 sudu besar cili padi (dikisar) 2 ulas bawang merah (dihiris)
Garam secukup rasa
2 cm kunyit hidup (ditumbuk halus)

Cara-cara

Santan dimasak di atas api sederhana. Masukkan cili, kunyit hidup, bawang & garam. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan hirisan pucuk asam. Masukkan ikan, kacau selalu. Masak sehingga kuah pekat. Hidangkan. Hias dengan cili merah.