Masak Lemak Kacang Panjang

Ramuan / Bahan

150 g daging
150 g kacang panjang
biji kelapa (diambil santanya anggaran 3 gelas)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 1 batang serai
Sedikit kunyit dan sekeping asam gelugur
1 biji lada merah dan sebiji lada hijau (dibelah 4)
3 hiris halia dan garam secukupnya

Cara-cara

Santan kelapa, bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia serta serai yang telah diketuk-ketuk masukkan ke dalam periuk. Jerangkan sebentar. Bila mendidih masukkan daging. Biarkan empuk dan terbit minyak. Kemudian masukkan kacang panjang yang dipotong sepanjang 2.4 sm serta lada yang telah dibelah empat juga asam gelugur. Masukkan garam dan setelah cukup rasanya barulah diangkat.