Lontong

Ramuan / Bahan

8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering
4 cawan pati santan, asingkan bahagian atas santan dan ketepikan
Garam dan gula secukup rasa
kg kacang panjang, dipotong 2 cm panjang 3 keping tauhu basah, dipotong enam
4 keping tempe, dipotong 2 cm panjang
4 biji terung, dipotong dadu sederhana besar
3 keping nangka muda, direbus dan dipotong kecil
4 keping tauhu kering, dipotong enam

Cara-cara

Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan udang kering. Masak bahan tumbuk bersama santan di atas api sederhana. Masukkan garam dan gula secukupnya. Apabila mendidih, masukkan kacang panjang, tauhu basah dan tempe. Selepas 10 minit, masukkan terung, nangka muda dan tauhu kering. Apabila semua bahan lembut, masukkan santan pekat. Kacau hingga ia mendidih sebelum diangkat.