Kubis Masak Rampai

Ramuan / Bahan

250 gm kubis (dimayang)
cawan minyak makan
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu besar bawang besar (dihiris)
250 gm sotong (disiang,dihiris & diperasakan)
250 gm udang hidup besar (dikupas kulitnya,dibuang uratnya & perasakan)
3 keping tempeh (dihiris menyerong)
2.5 cm belacan (dibakar) 2 cawan santan
1 keping asam gelugor
1 camca gula
Garam & serbuk perasa secukup rasa
5 batang lada merah (dihiris tebal menyerong)
2 biji sedang tomato (dibelah-belah)
6 ulas bawang merah (dihiris & digoreng hingga garing)

Cara-cara

Pijarkan minyak atas api yang sederhana & goreng bawang putih hingga garing. Masukkan bawang besar. Apabila layu, masukkan sotong & goreng selama 2-3 minit. masukkan udang & goreng hingga ia melengkung,Kemudian masukkan tempe.Apabila telah masak, masukkan kubis,belacan & 1 cawan santan.Masaklah dengan berkacau selama 5 minit. Masukkan asam gelugur,gula & bahan perasa secukup rasa. Kecilkan api & masaklah dengan bertutup selama 5 minit. Masukkan santan selebihnya & lada.Masak dengan berkacau selama 5 minit lagi, Kemudian masukkan tomato.Sesuaikan rasanya & masaklah hingga kubis enmpuk. Isikan ke dalam mangkuk & taburkan dengan bawanmg merah goreng diatasnya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.