Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Goreng Perut Kacang Botol

Ramuan / Bahan

20 biji kacang botol
5 ulas bawang merah ] dimayang
2 ulas bawang putih ]
300 g perut lembu
2 sudu besar tomato sos 2 sudu besar kicap
1 biji buah tomato - dimayang bulat
2 sudu besar minyak kelapa
Gula, garam dan ajinomoto

Cara-cara

Kacang dipotong sepanjang 7.5 sm dan dicelur sekejap. Perut dibersihkan dan direbus hingga empuk. Kemudian angkat dan dipotong kecil. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang. Bila garing masukkan perut. Gorengkan lagi. Setelah itu masukkan semua bahan yang lain. Goreng-gorengkan sekejap dan masukkan kacang botol yang telah dicelur itu. Angkat dan hidangkan.