Ramuan / Bahan
185 gm mentega
60 gm gula halus
250 gm tepung halus
30 gm tepung jagung 30 gm tepung Hon Kwee
1 sudu teh perisa jagung
Sedikit pewarna oren dan kuning
60 gm gula halus
250 gm tepung halus
30 gm tepung jagung 30 gm tepung Hon Kwee
1 sudu teh perisa jagung
Sedikit pewarna oren dan kuning
Cara-cara
Putar mentega bersama gula halus hingga ia kembang. Masukkan tepung halus bersama tepung jagung, tepung Hon Kwee dan perisa jagung. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Bahagi doh tiga bahagian. Sebahagian dibubuh warna oren, sebahagian dibubuh warna kuning dan sebahagian lagi dibiarkan. Canai tiga doh tadi berasingan. Tindih ketiga-tiganya menjadi tiga tingkat. Simpan doh di dalam peti sejuk hingga ia keras. Keluarkan. Potong doh setebal 5 mm. Susun doh di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar ia pada suhu 180C selama 20 minit.